Malaysia Dateline

Banjir: 80 lori pembersihan kini berada di Taman Sri Muda

Sebanyak 80 buah lori KDEB Waste Management Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dalam proses pembersihan, sedang digerakkan bagi kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Twitter.

“80 buah lori dan jentera pembersihan sedang giat bergerak di Taman Sri Muda pada ketika ini,” ciapnya ringkas.

Untuk rekod, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM6 juta untuk mengutip lebih 13,000 tan sampah di seluruh lapan daerah di Selangor.

KDEBWM memiliki 500 tong roro, 110 lori termasuk dua lori 44 tan dan lapan lori 10 tan serta akan menambah lima lori 44 tan dalam masa terdekat untuk membawa sampah ke Jeram.

Kedudukan lori-lori pembersihan yang digerakkan bagi mengutip longgokan sampah di Taman Sri Muda