Banjir: Abdul Hadi seru semua pihak ambil langkah keselamatan, berwaspada

Banjir: Abdul Hadi seru semua pihak ambil langkah keselamatan, berwaspada

Pas menyeru pihak Kerajaan, agensi penyelamat dan semua penduduk yang terjejas dengan bencana banjir supaya mengambil langkah keselamatan dan berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Presidenya Datuk Seri Abdul Hadi Awnag berkata, semua pihak terbabit perlu mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa bagi mempermudahkan urusan pemindahan mangsa banjir, menyelamat dan seumpamanya.

“Pas telah¬†mengerahkan seluruh anggota dan agensi untuk membantu mangsa banjir melalui khidmat Malaysia, Jabatan Amal dan Bridged Muslimat, bagi menyelaras bantuan bencana di seluruh negara.

“Pas turut mengajak semua pihak untuk segera menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa banjir, sebagai tanda prihatin terhadap musibah yang menimpa,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.