Malaysia Dateline

Banjir: Apple mahu bagi sumbangan tetapi dinasihat jangan melalui kerajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan akan memberi bantuan kepada Malaysia bagaimanapun beliau dinasihatkan rakyat negara ini agar tidak menyalurkan bantuan melalui kerajaan.

Dalam satu tweet ringkas, Tim menyatakan bahawa Apple akan menyumbang kepada usaha pemulihan, baik pulih dan pembangunan semula jangka panjang di Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat taufan Rai.

Pengumuman Tim Cook di twitter sampai kepada pengetahuan rakyat Malaysia dan mereka meminta Tim tidak sesekali mempercayai kerajaan Malaysia sebaliknya menghubungi badan-badan bukan kerajaan (NGO)

“Jangan sesekali mempercayai kerajaan Malaysia sekarang dengan sebarang bantuan. Sila hubungi NGO yang berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa.”

“Kami hanya mempunyai rakyat dan NGO yang telah bekerja keras sejak hari pertama dilanda bencana itu,”lapor Worldofbuzz.com.

Di tengah-tengah krisis iklim sekarang, banyak negara telah terjejas oleh bencana alam seperti banjir dan juga gempa bumi.

Walau bagaimanapun, ramai jiwa yang baik hati dan pemurah memberikan bantuan untuk membantu mereka yang terjejas yang sememangnya sangat diperlukan dalam masa sukar seperti ini.

Difahamkan juga rakyat negara Filipina berfikiran sama seperti rakyat Malaysia agar tidak mempercayai kerajaan Malaysia.

“Rasuah ada di mana-mana. Kedua-dua negara bersetuju antara satu sama lain. Beberapa balasan menyebut bagaimana kedua-dua negara tidak mempercayai kerajaan mereka sendiri.

“Malaysia dan Filipina. Sangat tidak suka kepada kerajaan”

“Setiap derma adalah penting, jadi jangan ragu untuk memberikan apa sahaja asalkan ia dalam kemampuan kewangan anda,” lapor portal tersebut.