Malaysia Dateline

Banjir: “Depa buat kerja, depa yang layak diberi kredit”

Diam tak diam pada 26/12/2021 telah pun masuk hari ke-9 banjir di Sepang. Walaupun agak letih, namun team kami Alhamdulillah masih bersemangat untuk terus bekerja.

Jika ikut jadual yang di susun untuk saya pada hari ke-9 ini, team kami dan saya akan pergi melawat PPS di dua buah sekolah iaitu SK Labohan Dagang dan SK Olak Lempit.

Walaupun kedua-dua kampung ini – Kg.Labohan Dagang dan Kg. Olak Lempit masih terletak di bawah Parlimen Sepang, namun dari sudut pentadbiran, ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Kuala Langat.

Oleh itu, secara teknikalnya, para ketua kampung masih di bawah penyelengaraan Pejabat Daerah Kuala Langat dan para Ahli Majlis pula di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Kuala Langat.

Sedikit sebanyak kadangkala ada masalah penyelarasan kerja.

Program pertama yang dirancang untuk saya pada pagi itu adalah urusan melawat PPS SK Labohan Dagang.

Di situ kami berjaya bertemu Tok Ketua Kg Kami diberi taklimat ringkas.

Secara kebetulan juga, ketika team kami sampai di lokasi tersebut, sebuah lori yang membawa ratusan buah tilam juga baru sampai ke PPS itu.

Saya lihat ada dua orang tok sami buddha bersama lori itu. Interesting.

Berkali-kali Persatuan Buddhist Liulishan meminta Hanipa hulurkan sumbangan tilam kepada mangsa banjir tetapi beliau tolak kerana baginya ia tidak adil

Saya diberitahu bahawa lori yang membawa tilam itu adalah daripada Persatuan Buddhist Liulishan. Masternya ( yang berjubah kuning/jingga ) yang hadir bersama ke PPS itu datang dari Taiwan. Saya sembang dengan master itu hanya guna bahasa isyarat.

Saya agak happy kerana perbezaan agama tidak menjadi penghalang kepada kerja-kerja kebajikan khasnya di Sepang. Saya percaya ia juga begitu di lokasi selain Sepang.

Bila tok sami itu dapat tahu saya adalah YB Sepang, depa minta saya yang hulurkan bantuan tilam yang depa bawa kepada penerima.

Saya terpaksa menolak kerana bagi saya tak fair pada Persatuan depa. Depa yang buat kerja dan layak diberi credit.

Depa insisted beberapa kali minta saya juga lakukan. Saya pula berulang kali insisted menolak. He he..sama- sama ketegaq. Akhirnya depa akur. Saya bersyukur depa akur.

Selepas melawat PPS di SK Labohan Dagang, team kami bergerak pula ke PPS di SK Olak Lempit. Di sana, kami diberi taklimat oleh Ketua Kg Olak Lempit dan team beliau.

Saya lihat -alhamdulillah- di PPS SK Olak Lempit -juga di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat meskipun di bawah Parlimen Sepang- bantuan agak lumayan di sana seperti di PPS SK Labohan Dagang juga.

Team kami juga turut cuba membantu sikit-sikit sekadar yang kami mampu.

Ketua Kg Olak Lempit ada beritahu kepada saya di PPS itu bantuan yang agak kurang adalah bahan-bahan mentah ( basah ) untuk masakan. I took a mental note.

Sebelum kami bercadang untuk bergerak semula ke Dapur Masak kami, kami singgah sebentar ke rumah Ahli Majlis Daerah Kuala Langat di Olak Lempit yang mana rumah beliau juga dilanda banjir. Dan setelah kerja-kerja pembersihan telah dilakukan ke atas rumah beliau, beliau bermurah hati menjadikan rumah beliau sebagai tempat simpanan barang bantuan.

Alhamdulillah Team kami dapat hulur sedikit bantuan di situ.

Selepas selesai segala urusan kami di kedua-dua PPS itu dan di rumah Ahli Majlis itu, team kami kembali ke Dapur Masak kami di Medan Selera Dengkil.

Kali ni team Dapur Masak kami dibantu oleh agak ramai juga dari para sukarelawan/wati Pusat Khidmat Parlimen Sepang yang boleh dikatakan hampir semuanya terdiri daripada para anak muda-lelaki dan wanita..

Segak depa berjersi hitam yang ada label Sukarelawan Parlimen Sepang. Seronok lihat dedikasi, kegigihan dan keriangan depa masak dan menyediakan bungkusan makanan untuk diagihkan kepada para mangsa dan para petugas.

Oleh kerana saya ada di situ, depa pohon untuk berfoto .

Di situ juga team kami didatangi penyumbang bantuan ketika itu. Alhamdulillah.

Team saya habaq esok pagi saya dijemput untuk hadir mesyuarat dengan team Pengurusan Bencana Pasca Banjir Sepang yang dipengerusikan oleh tuan DO Sepang.

Saudara Azfar-anggota team kami-adalah anggota tetap jawatankuasa itu.

Saya habaq insyaAllah saya nak join esok.

Bersambung esok inshaAllah…