Malaysia Dateline

Banjir di Baling, tujuh Pusat Pemindahan Sementara dibuka sehingga pagi ini

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapt (PA) Rasidah Kassim berkata, air sungai masih lagi berada dalam paras waspada dan belum surut disesetengah tempat serta terdapat air sungai di sesetengah kawasan memasuki rumah penduduk menyebabkan ada yang terperangkap.

Walau bagaimanapun katanya, sehingga jam 6.30 pagi ini, pemantauan berterusan telah dan sedang dilakukan dengan proses menyelamat mangsa yang terperangkap pada tengah malam dan awal pagi tadi telah berjaya dilaksanakan

“Seorang mangsa yang terperangkap adalah dari Kampung Lubuk Pedati, dua orang dari Titi Teduri dan juga penduduk di mukim Kupang.

“Setakat ini 7 buah PPS yang telah diwujudkan ialah di Sekolah Kebangsaan(SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Titi Gantung, SK Tengku Putera, SK Kulai, Dewan Banggol Derom dan yang terbaru di buka pada tengah malam semalam ialah SK Keda.

“Keseluruhan rumah yang terlibat adalah sebanyak 369 buah melibatkan 7 mukim iaitu Siong, Baling/Bongor, Pulai, Teloi Kanan, Kupang dan Tawar,” ujar beliau ketika dihubungi