Malaysia Dateline

Bomba dan Penyelamat Malaysia

Banjir di Kalabakan

Sebanyak 67 rumah di tiga perkampungan tepi sungai di Kalabakan serta tiga blok rumah di Felda Utara Kalabakan dinaiki air  setinggi lebih satu meter.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata tiga perkampungan terjejas dengan banjir kilat itu adalah kawasan Tanah Rancangan, Kampung Mangga dan Kampung Murut di samping 18 pintu rumah dari tiga blok di Felda Utara.

“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.40 pagi tadi dan seramai 13 anggota PBS bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan awal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setakat pukul 2 petang ini, Sharudy berkata keadaan banjir tersebut masih terkawal dan penduduk terjejas berjaya dipindahkan.

“Pada masa ini, anggota bomba dan PBS masih lagi melakukan kawalan dan pemantauan di kawasan terbabit sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

–BERNAMA