Malaysia Dateline

Banjir di Kg Morten makin surut, tapi hujan masih berterusan

Setakat lewat petang tadi, penduduk Kg Morten memaklumkan air di kawasan perkampungan tradisi itu sudah semakin surut dan ketika ini beberapa kawasan hanya dinaiki air di paras biasa seperti kawasan lain.

Pengguna @AdananMorten memaklumkan, ketika ini hanya hujan renyai sahaja di kawasan perkampungan tersebut.

“Tak ada (banjir) buat masa ini. Hujan renyai-renyai sahaja,” maklumnya.

Pagi tadi, Kg Morten seperti sudah ‘ditenggelami’ airĀ  akibat hujan berterusan sejak semalam yang menyebabkan limpahan dari air sungai Melaka memasuki kawasan perkampungan itu.

Berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial sehingga tengahari tadi, air kelihatan semakin menghampiri tebing dan nyaris melimpah.

Malah, kawasan perumahan berhampiran juga dilihat sudah mula dinaiki air dengan rata-rata pengguna media sosial mendakwa Kg Morten sudah menjadi seperti pulau.