Malaysia Dateline

Banjir di Pahang, LPT 1 ditutup

Berikutan hujan turun berterusan bermula semalam di Pantai Timur termasuk negeri Pahang, beberapa jalan telah dinaiki air antaranya Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1).

Dalam satu kenyataan pagi ini, Jabatan Komunikasi Korporat ANIH Berhad memaklumkan KM198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persipangan Bertingkat Gambang telah dinaiki air sedalam lebih 2 kaki sepanjang 2 kilometer berikutan hujan lebat yang berterusan.

Ekoran itu, kenyataan itu memberitahu semua lorong di kilometer terbabit telah ditutup.

“Sehubungan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur mohon tangguhkan perjalanan anda buat sementara waktu.

“Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu di [email protected] dan [email protected] Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebih raya,” maklum ANIH Berhad.

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan peringkat waspada melanda beberapa negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Amaran hujan peringkat waspada ini dijangka berterusan sehingga 5 Januari 2021.