Banjir di Perak, Kedah juga serius

Banjir di Perak, Kedah juga serius

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat sehingga tiga kali ganda dalam tempoh kurang 24 jam kepada 411 orang melibatkan 89 keluarga setakat pukul 7 malam tadi.

Sumber Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak memberitahu dua pusat pemindahan dibuka di daerah Hulu Perak di Dewan Orang Ramai Kampung Sumpitan dan Dewan Majlis Daerah Gerik dekat Lawin.

Seramai 260 orang daripada 50 keluarga dilapor ditempatkan di pusat pemindahan di Lawin sekali gus menjadi pusat pemindahan tertinggi menempatkan mangsa banjir setakat malam tadi.

Dua daerah terjejas akibat banjir kilat kali ini iaitu di Perak Tengah dan Hulu Perak ekoran hujan lebat sejak petang, 3 November lalu.

Di Kedah, seramai 2,735 mangsa banjir daripada 720 keluarga dipindahkan membabitkan penduduk di Baling,
Kuala Muda, Kulim dan Yan.

Data daripada portal Bencana di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu dicatatkan setakat pukul 8 malam tadi.

Air yang naik dengan pantas di daerah Kuala Muda selepas hujan lebat lebih 12 jam sejak kelmarin menyebabkan sebahagian penduduk di kawasan terbabit gagal menyelamatkan harta benda selain keluar untuk menyelamatkan diri.

Sejumlah 45 buah kampung di 12 mukim dan empat kawasan taman perumahan setakat jam 10 pagi semalam terjejas akibat banjir kilat.

September lalu, bah melanda di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang dengan ratusan penduduk ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

Bagaimanapun, banjir besar pada 2010 yang melanda Kedah menyebabkan lebih 50,000 penduduk di negeri itu dipindahkan ke ratusan pusat pemindahan banjir dengan daerah Kubang Pasu paling teruk terjejas.

5.0
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 4.0
CATEGORIES
TAGS