Banjir di Terengganu catat peningkatan setakat 8 pagi

Banjir di Terengganu catat peningkatan setakat 8 pagi

Jumlah mangsa banjir di Terengganu merekodkan sedikit peningkatan kepada 600 orang daripada 169 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 503 pada 10 malam tadi.

Mengikut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu jumlah itu melibatkan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu di Besut, Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Setiu.

Marang merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 368 orang (108 keluarga) di empat PPS, Setiu seramai 65 mangsa (14 keluarga) di dua PPS dan dua PPS di Kuala Nerus menempatkan 54 mangsa (14 keluarga).

Manakala di Dungun seramai 47 mangsa (12 keluarga) berada di satu PPS, Kuala Terengganu melibatkan 45 mangsa (15 keluarga) dan Besut seramai 21 orang (enam keluarga) masing-masing juga di satu PPS.

Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran pada 9 pagi ini, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu merekodkan bacaan 21.44 meter (m) melebihi aras amaran 20.75 m manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok, di Setiu juga merekodkan peningkatan dengan bacaan 8.1 meter (m) melebihi 7.7 m.

Begitu juga dengan Sungai Marang, Jambatan Pengkalan Berangan mencatatkan peningkatan aras air hingga 2.39 m melebihi aras amaran 2.3 m.

CATEGORIES