Malaysia Dateline

Banjir: LPT1 ditutup untuk semua kenderaan di tiga kawasan

Pengguna dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan masing-masing jika mahu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kerana ia sedang ditutup di tiga kawasan.

Antaranya laluan di Kilometer (KM) 126.3 antara persimpangan Chenor ke persimpangan Temerloh, KM 113 dan 115 antara Temerloh dan Lancang dan KM84.7 antara Lancang dan Karak.

Kebanyakan kawasan itu ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas.

Kawasan LPT 1 yang ditutup akibat banjir.

 

Syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan laluan di Kilometer (KM) 126.3 ditutup untuk semua kenderaan mulai jam 2.30 pagi tadi kerana dilimpahi air susulan hujan lebat yang berterusan.

Selain itu katanya, laluan antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Temerloh di KM113 dan KM 115, LPT1 masih ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas.

LPT1 menghala ke Kuantan juga masih ditutup kepada lalu lintas iaitu laluan di KM 84.6 sehingga KM84.7 (antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak.

Bagaimanapun, laluan antara Lanchang menghala ke Kuala Lumpur telah di buka pada jam 9 pagi pada 5 Januari 2021.

Maklumat laluan ALTERNATIF boleh dirujuk ke Talian Bilik Gerakan Bencana JKR di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my