Malaysia Dateline

Banjir: Mangsa di Alor Gajah kekal 262 orang malam ini

Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Alor Gajah dekat sini kekal 262 orang daripada 72 keluarga setakat 8 malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.

Keadaan cuaca di seluruh negeri dilaporkan mendung di beberapa kawasan, kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata kejadian banjir di kawasan terbabit dipercayai berpunca akibat hujan lebat berterusan selama empat jam dari 1.30 pagi, Isnin lepas.

—┬áBERNAMA