Malaysia Dateline

Banjir: Mangsa kekal 274 orang

Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Alor Gajah dekat sini kekal 274 orang daripada 74 keluarga setakat 8 malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa berkenaan masih ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.

Kejadian banjir di kawasan terbabit dipercayai berpunca akibat hujan lebat berterusan selama empat jam dari 1.30 pagi, Isnin lepas, katanya dalam kenyataan, di sini.

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan baik setakat ini.

–BERNAMA