Malaysia Dateline

Banjir: MP Hulu Langat sedang usaha pulang segera ke tanah air

Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Ustaz Hasnuddin Mohd Yunus yang kini berada diluar negara kerana urusan Parlimen sedang berusaha untuk pulang segera memandangkan keadaan banjir teruk sedang melanda Hulu Langat.

“Apa pun saya sedang berusaha mendapatkan penerbangan secepat mungkin untuk balik ke Tanah Air. Hanya kepada Allah SWT kita berserah,” kata beliau.

Hassanuddin yang juga Kolonel Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasannya kerana berada dalam misi Turki, Pakistan dan Tehran atas lantikan Tan Sri Speaker Parlimen Malaysia dan jemputan daripada Parlimen Pakistan dan Iran dibawah kapisiti saya sebagai Ahli Parliamentary Friendship Group, Parlimen Malaysia.

“Kami seluruh rakyat di Hulu Langat berasa sangat sedih atas bencana banjir yang berlaku.

“Saya tidak dapat bersama membantu kerana kini berada dalam misi. Rancangan ke luar telah diatur lebih awal,”luah beliau.

Di Islamabad, katanya berlaku pertemuan dengan Presiden serta Speaker Azad, Jammu dan Kashmir dan beberapa Ahli Parlimen Pakistan untuk beberapa projek kebajikan dan perumahan untuk pelarian Kashmir.

namun katanya, warga kerja Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat telah beliau arahkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Saya sentiasa berinteraksi dengan APM dan lain lain pihak berwajib,” katanya.

Keadaan banjir di Hulu Langat amat teruk apabila hampir 100 orang dilaporkan sedang berteduh di atas bumbung sebuah surau dan masing-masing kelihatan penat dan kesejukan ketika menunggu bantuan tiba.

Kejadian menimpa penduduk itu tular di laman sosial pagi ini selepas beberapa video kejadian tersebut dikongsi netizen.

Difahamkan, penduduk menyelamatkan diri dengan berteduh di bumbung Surau Nanding di Hulu Langat selepas air naik di kawasan tersebut.