Malaysia Dateline

Banjir: PPS dibuka di Marudi

Sebuah Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di buka di Marudi,Miri bagi menempatkan penduduk dari Kampung Padang Kerbau,Marudi di Bahagian Miri.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Suarah Marudi

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata pusat pemindahan tersebut telah dibuka pada jam 4.45 petang semalam.

Katanya, dua buah keluarga yang terdiri daripada 11 orang mangsa terlibat dipindahkan ke PPS tersebut.

“Pemindahan mangsa ke PPS dibuat berikutan paras air telah mencecah ke lantai rumah dan rumah berkenaan mempunyai ramai kanak-kanak.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi turut membantu memindahkan mangsa ke PPS berkenaan,” ujar beliau dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.