Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bank Muamalat lancar Ez-Zakat Muamalat

Bank Muamalat lancar Ez-Zakat Muamalat

BernamaMay 7, 2019 3:43 pm




Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini melancarkan Ez-Zakat Muamalat, iaitu kemudahan perkhidmatan pengiraan dan potongan zakat secara automatik akaun simpanan dan semasa, bagi memudahkan pendeposit beragama Islam menunaikan zakat.

Bank Muamalat dalam kenyataan di sini berkata kemudahan itu diperkenalkan menerusi kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Dokumen persetujuan antara Bank Muamalat dan Lembaga Zakat Selangor MAIS (LZS-MAIS) ditandatangani hari ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Redza Shah Abdul Wahid manakala LZS-MAIS diwakili Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor Abdul Basith Hamid.

Ia disaksikan anggota Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor, Profesor Emeritus Muhammad B Awang.

Menurut kenyataan itu, kemudahan Ez-Zakat Muamalat ditawarkan di semua 64 cawangan Bank Muamalat seluruh negara dengan kaedah pengiraan dan potongan zakat yang akan digunakan adalah mengikut amalan LZS-MAIS.

“Kemudahan ini akan memudahkan pendeposit Bank Muamalat beragama Islam menunaikan kewajipan berzakat ke atas wang simpanan mereka. Potongan zakat akan dilakukan secara automatik apabila cukup haul dan nisab.

“Selain itu, potongan zakat yang dibuat melalui Ez-Zakat Muamalat melayakkan pendeposit mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut kenyataan itu.

Lembaga Zakat Selangor merupakan rakan kongsi kedua Bank Muamalat dalam menyediakan khidmat pengiraan dan pemotongan zakat ke atas akaun simpanan pelanggannya.

Sebelum ini, Bank Muamalat melancarkan dan menerajui Ez-Zakat Muamalat dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat-MAIWP pada 26 Mac, 2019.

“Bank Muamalat berhasrat melebarkan kerjasama pengurusan zakat dengan negeri lain. Buat masa ini, Bank Muamalat dalam proses menjalinkan kerjasama pengurusan zakat dengan empat negeri,” menurutnya.

Sebagai penyedia perkhidmatan perbankan Islam, Bank Muamalat menjadikan Ez-Zakat sebagai perkhidmatan ikoniknya. Selain zakat, Bank Muamalat turut aktif mempromosikan wakaf, perancangan harta, dan akaun emas.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production