Bank Muamalat naikan kadar BR, BFR sebanyak 11 bps

Bank Muamalat naikan kadar BR, BFR sebanyak 11 bps

Bank Muamalat Malaysia Bhd menaikkan kadar asas (BR) dan kadar asas pembiayaan  (BFR) masing-masing sebanyak 11 mata asas (bps), berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Muamalat berkata berikutan peningkatan kos dana bank itu, BR akan dinaikkan kepada 4.06 peratus setahun daripada 3.95 setahun, manakala BFR kepada 7.06 peratus setahun daripada 6.95 peratus setahun.

“Ini akan memberi impak ke atas semua pakej pembiayaan kadar terapung yang ditambat pada BR dan BFR,” katanya.

Ketua pegawai eksekutifnya  Datuk Mohd Redza Shah berkata pakej pembiayaan semasa untuk rumah bank itu untuk tempoh matang 30 tahun, dan pembiayaan sebanyak RM350,000 dikenakan BR tambah satu peratus, tertakluk kepada kadar siling 10.50 peratus dan syarat dan terma standard gadai janji bank.

— BERNAMA