Bank Negara bayar dividen lebih besar bukti nyata ekonomi Malaysia pesat berkembang

Oleh BORHAN AHMAD

Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan ekonomi Malaysia berkembang pesat sejak kebelakangan ini apabila mampu membayar dividen lebih besar untuk kerajaan.

Semalam, BNM mengumumkan, akan membayar dividen sebanyak RM2.85 bilion kepada kerajaan setelah mencatatkan keuntungan bersih RM7.16 billion dalam tahun 2023.

Jumlah dividen yang dibayar ini lebih tinggi daripada jumlah dividen yang dibayar BNM pada 2022 iaitu RM2.75 bilion. Pada tahun keuntungan bersih merudum kepada RM6.96 bilion berbanding RM12.8 bilion yang dicatatkan pada 2021.

Jumlah asset keseluruhan bernilai RM631.26 bilion, umum BNM dalam Laporan Tahunan 2023 yang dikeluarkan semalam.

“Kedudukan kewangan BNM kekal stabil dalam tahun 2023 dan ia telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.”

Sejumlah RM4.31 bilion daripada keuntungan bersih RM7.16 bilion telah dipindahkan ke rizab risiko BNM.

Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour yakin prospek adalah baik dan BNM mempunyai alasan untuk menjangkakan tahun yang lebih baik dengan pendekatan berhati-hati. Justeru itu adalah penting tempoh ini digunakan untuk melaksanakan reformasi.

“Usaha reformasi ini adalah pelaburan untuk masa hadapan ke arah kemakmuran rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

BNM turut menerbitkan Penilaian Ekonomi dan Monetari 2023 dan Penilaian Kestabilan Kewangan untuk Separuh Kedua 2023.

Menurut laporan tersebut BNM telah mengambila kira faktor kesalingbergantungan inflasi, pembangunan dan keyakinan terhadap ringgit selain daripada dasar timbal balik yang kompleks semasa mengharungi penguncupan ekonomi dunia/

Selain itu agenda reformasi ekonomi yang fokus terhadap perniagaan mikro kecil dan sederhana dijalankan dengan dana khas terutamanya untuk menaikkan skala perniagaan.

Turut dilancarkan ialah Rangka Kerja Kebersamaan Kewangan 2023-2025 yang mengandungi strategi menutup ruang akses khidmat kewangan yang berkualiti dan mampan.