Bank Negara buat laporan polis terhadap WSJ, kata Najib

Bank Negara buat laporan polis terhadap WSJ, kata Najib

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Wall Street Journal (WSJ) hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib yang mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini memberitahu pemberita demikian apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap WSJ berikutan beberapa laporan mengenai 1Malaysia Development Bh (1MDB).

Difahamkan satu daripada laporan itu berkaitan dokumen bocor yang didakwa dari BNM kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Najib berkata, polis perlu menyiasat laporan itu kerana menerbitkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah satu perkara serius.

“Mereka (polis) perlu memberi jawapan kepada kita” katanya.

Ditanya sama ada laporan yang diterbitkan itu tulen, Najib berkata, beliau akan membiarkan polis menyiasat.

 

CATEGORIES