Bank Negara dapati 1MDB bersalah, Peguam Negara izinkan kompaun

Bank Negara dapati 1MDB bersalah, Peguam Negara izinkan kompaun

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Surat kompaun pentadbiran itu dikeluarkan dengan keizinan Peguam Negara.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan bank pusat itu lewat petang tadi, antara kesalahan yang dilakukan 1MDB adalah kegagalan menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada syarikat berkaitan kerajaan itu pada 2009, 2010 dan 2011.

“1MDB juga telah gagal untuk mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan alasan yang kuat berhubung dengan ketidakupayaan 1MDB untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik ini,” kenyataan media itu dipetik.

1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut.

Pembayaran kompaun ini, jelas kenyataan media itu menandakan tamatnya siasatan Bank Negara Malaysia berhubung dengan ketidakpatuhan 1MDB terhadap peraturan dan pengawalan Bank Negara Malaysia.

TAGS