Malaysia Dateline

Bank Negara masukkan OctaFx dalam senarai amaran pengguna kewangan

Bank Negara Malaysia kini memasukkan platform dagangan Forex, OctaFx ke dalam senarai amaran pengguna kewangan.

Ini bermaksud OctaFx secara rasminya tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Untuk rekod, Suruhanjaya Sekuriti juga telah menambah OctaFX dibawah senarai ‘watchlist security commission’ kerana menjalankan aktiviti dalam pasaran modal tanpa lesen dan tidak mendapat kelulusan SC.

Forex online trading juga sudah difatwakan haram, ditambah apabila dimasukkan dalam senarai amaran Suruhanjaya Sekuriti dan kini BNM.

BNM juga menyertakan kesemua pautan laman web dan media sosial OctaFX di bawah Senarai Berjaga-jaga.

BNM menjelaskan sesebuah syarikat akan dimasukkan ke dalam senarai ini jika ia disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Oleh itu, anda diminta untuk berjaga-jaga dengan sebarang kandungan yang berkait dengan nama syarikat ini.

BNM
Alert list Suruhanjaya Sekuriti