Bank Rizab pantau rapi perkembangan ekonomi Turki

Bank Rizab pantau rapi perkembangan ekonomi Turki

Bank Rizab Afrika Selatan akan memantau rapi perkembangan ekonomi Turki memandangkan pasaran baharu biasanya dikelaskan bersama oleh pelabur, menurut Kumpulan Pengurusan Geneva.

Matawang lira Turki jatuh teruk beberapa hari kebelakangan ekoran negara itu dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), lapor FIN24

“Kemunculan pasaran matawang seperti rand, ruble Russia, rupee India, real Brazil, sementara ia mempunyai dinamisme, parameter dan kekuatan infleks masing-masing, secara umum ia dikelaskan bersama oleh pengurus-pengurus eset,” kata wakil kumpulan berkenaan.

“Justeru, apabila Turki terkena selsema (ekonomi yang sakit), Afrika Selatan berhadapan risiko terkena jangkitan,” kata beliau.

Kumpulan itu juga dilaporkan berkata, pihaknya berusaha untuk tidak “salah letak” kebimbangan terhadap krisis matawang Turki itu terhadap pasaran baharu.

“Kami tidak terkejut jika ketua-ketua bank pusat di negara-negara seperti India, Afrika Selatan atau Brazil melihat dengan teliti apa yang berlaku di Turki.” katanya.

Krisis Turki, sementara itu akan menjadi agenda utama Dana Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Bank Eropah untuk Pembinaan dan Pembangunan.

“Pada minggu lalu, nilai lira Turki jatuh 25%, diletak harga 0.20 untuk $1 dalam masa 1 minggu. Pada tahun lalu persembahan lira didapati paling buruk dalam pasaran global, kemuncaknya nilai lira jatuh lebih separuh pada 12 bulan terakhir,” kata kumpulan itu.

COMMENTS

Wordpress (0)