Malaysia Dateline

#BankerjagaBanker jadi tular bila bank dibenar kenakan bunga

Hashtag baru #BankerjagaBanker kini menjadi tular di kalangan orang ramai hatta ahli politik penyokong kerajaan berikutan tindakan kerajaan membenarkan bank mengenakan caj bunga (interest) ke atas peminjam walaupun mereka dibenarkan untuk tidak membuat bayaran bulanan semasa Covid-19.

Ia dipercayai dihalakan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB yang dibawa masuk ke dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Azalina Othman Said antara pemimpin Umno awal yang membantah tindakan yang disifatkan sebagai U-turn dari pengumuman awal kerajaan ini.

“Bila Menteri Kewangan bukan wakil rakyat tapi Wakil Bank???” tulis Azalina melalui twitter ketika mengulas berita mengenai perkara ini.

“Keluhan dan kegelisahan rakyat terhadap moratorium pinjaman bank saat kita menghadapi situasi Covid-19 harus diberi perhatian oleh kerajaan.

“Keperihatinan kita dituntut jgn sampai dihukum rakyat. Bersama kita bina negara dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya,” tulis Zahid melalui twitternya.

Tindakan membenarkan bank mengenakan intrest ke atas pemimjam dikecam oleh pelbagai pihak termasuk dengan memaki kerajaan.