
Kempen bagi mengajak masyarakat Terengganu agar menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan mereka sendiri terus diadakan di Terengganu.
Kali ini mereka diajak menyokong kempen Pakatan Harapan (PH) membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah menyebabkan kenaikan harga barangan di seluruh negara.
Harga ikan terus naik mencunak di Terengganu walaupun negeri itu mempunyai paling ramai nelayan di negara ini.
Begitu juga kenaikan harga petrol ketika di luar pantai Terengganulah minyak ini disedut.
Kempen ini juga bagi memperlihatkan PH khasnya AMANAH, parti berumur dua tahun, adalah parti yang mampu menggantikan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Dengan diketuai Pengerusi PH yang juga pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah, mereka turun ke jalan raya bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai.




