Bantah rampasan kuasa, Amanah ke kedutaan Turki petang ini

Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu petang ini sebagai menyatakan sokongan kepada kerajaan Turki sekaligus menolak cubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh segelintir anggota tentera.

Pertemuan yang dijadual jam 3 petang ini akan diketuai Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bersama beberapa lagi anggota pimpinan Amanah Nasional.

Jumaat lalu, Turki digemparkan dengan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan tentera.

Mereka menutup laluan hubungan utama, menawan lapangan terbang dan merampas stesen televisyen.

Ia bagaimanapun berjaya dipatahkan 5 jam selepas itu oleh pasukan khas Turki dengan kerjasama rakyat yang turun ke jalan raya selepas menyahut seruan Presiden, Recep Tayyib Erdogan.

Amanah dalam kenyataan awalnya kelmarin mengutuk aksi kudeta itu dan sebarang percubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Mereka juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dan rakyat Turki yang telah berjaya mematahkan cubaan rampasan kuasa dalam tempoh kurang 24 jam itu.