Bantahan kenaikan harga minyak di Paris, Turki keluarkan nasihat perjalanan

Bantahan kenaikan harga minyak di Paris, Turki keluarkan nasihat perjalanan

Kementerian Luar Turki pada Ahad mengeluarkan nasihat perjalanan ke Perancis kepada rakyatnya, susulan demontrasi ‘Violent Yellow’ di Paris dan beberapa bandar lain, lapor Xinhua.

Nasihat perjalanan dikeluarkan di laman web rasmi kementerian itu, turut menasihatkan warga Turki yang tinggal di Perancis atau akan ke negara berkenaan agar mengelakkan lokasi demonstrasi dan kawasan berbahaya.

Bantahan itu sebagai menyuarakan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

— BERNAMA