Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bantuan binaan bantu rakyat luar bandar miliki rumah

Bantuan binaan bantu rakyat luar bandar miliki rumah

BernamaJuly 22, 2019 7:03 am




Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bercadang memperkenalkan bantuan bahan binaan kepada penduduk luar bandar dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah yang sempurna.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan dan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

“Ada penduduk ini mempunyai rumah tetapi telah uzur. Jadi kita boleh bekalkan barangan binaan yang boleh digunakan untuk baikpulih rumah. Makluman yang kita terima, ada kalangan penduduk di luar bandar sedikit demi sedikit mereka baikpulih rumah mereka.

“Mereka (penduduk) gunakan sumber kewangan sendiri setelah menabung untuk satu tempoh dan akan dibangunkan mengikut bajet yang ada,” kata Rina yang berada dalam rangka lawatan kerja ke Perlis pada Ahad

“Ada yang kita nampak hanya ada tiang dulu dibina, selepas itu tunggu duit (wang) cukup dulu baru tambah lain. Jadi nampaklah ada yang lusuh sikit. Dengan idea sebegini boleh bantu rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Rina berkata banyak perkhidmatan yang ditawarkan melalui U.n.i Klinik selain caj rawatan adalah sangat berpatutan dan mampu untuk semua.

“Pembinaan klinik ini kita fokuskan di kawasan luar bandar supaya penduduk setempat dapat menikmati lebih banyak kemudahan perubatan,” katanya selepas merasmikan U.n.i Klinik milik Dr Norazylin Roszaini  di Mata Ayer.

Klinik U.n.i itu menawarkan perkhidmatan am, pembedahan kecil, kesihatan wanita, ibu hamil dan kanak-kanak telah menerima hampir 1,000 pengunjung.

Rina berkata sehingga kini, 18 klinik seumpamanya telah beroperasi dengan 22 lagi U.n.i Klinik dijangka beroperasi akhir tahun hadapan.

U.n.i Klinik dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) MARA dalam menggalakkan golongan professional menceburi bidang keusahawanan dan sejumlah 40 U.N.i Klinik dijangka dibuka sebelum akhir 2020.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production