Bantuan khas Aidilfitri, RM1000 buat penjawat awam Melaka

Bantuan khas Aidilfitri, RM1000 buat penjawat awam Melaka

Penjawat awam Melaka bakal menerima bantuan khas sebanyak RM1000 sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, demikian menurut Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata, lebih 5000 penjawat awam akan menerima bantuan khas itu sebelum Aidilfitri pada 15 Jun depan.

“Pemberian bantuan ini akan meringankan beban penjawat awam di negeri ini dalam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

“Ia (pembayaran RM1,000) akan dibuat sebelum Aidilfitri untuk semua penjawat awam,” katanya ketika berucap pada program Moreh Bersama Rakyat di Dataran Keris, Alor Gajah, malam tadi.

Lebih 3,000 penduduk hadir pada majlis yang turut dihadiri kepemimpinan PH negeri.

Dalam pada itu, Adly juga mengumumkan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh bakal menjadi produk pelancongan terbaharu bagi di negeri itu.

“Selepas dibuka kepada rakyat, kira-kira 10,000 orang datang berkunjung termasuk pelancong dari China.

“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk tidak tinggal di sana (Seri Bendahara), sebaliknya menetap di rumah kerajaan di Peringgit,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)