Malaysia Dateline

Bantuan khas lebih RM5 juta untuk peniaga kecil di Seberang Perai

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengagihkan sebanyak RM5, 578,000 kepada peniaga-peniaga kecil Seberang Perai melalui Pakej Bantuan Khas fasa 1 dan 2 ‘ Penang Lawan Covid-19’.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Sr Rozali Mohamud.

Sementara itu tuntutan bagi bantuan secara ‘one off’ sebanyak RM500 kepada peniaga berlesen di negeri ini melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang pula dilanjutkan sehingga 8 Ogos 2020.

Dalam pada itu, exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo pula berkata, setakat 26 Julai 2020 setelah dua bulan pakej tersebut diwarwarkan seramai 2,647 peniaga dan penjaja berlesen dalam negeri ini belum lagi menerima bayaran tersebu.

Jelas Jagdeep lagi, seramai 13,967 peniaga dan penjaja berlesen layak untuk menerima bantuan pakej yang disediakan itu.

“Walau bagaimana pun katanya, seramai 2,496 daripada 7,010 peniaga dibawah MBSP masih lagi belum menerima bayaran kerana tidak memberikan maklumat bank bagi tujuan pembayaran.

” Bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang(MBPP) pula seramai 151 daripada sejumlah 6,957 peniaga terlibat masih lagi belum menerima bayaran mereka.

” Melalui fasa 2, bantuan khas kepada penjaja dan mereka yang berniaga di kompleks-kompleks makanan atau pun lot perniagaan persendirian turut diperuntukkan bayaran tersebut,” ujar beliau.

Jagdeep juga berkata, bagi peniaga ‘tagging’ yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) sejumlah 3,922 penerima daripada keseluruhan 5,492 penerima yang layak masih lagi belum menerima bayaran mereka dengan jumlah kesan kewangan sehingga mencecah RM2. 04 juta.