Malaysia Dateline

Bantuan khas penjawat awam Kelantan RM1,000, lantikan politik RM500

Kerajaan Kelantan mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada penjawat awam negeri, manakala lantikan politik pula menerima RM500.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata bantuan khas itu sebagai salah satu usaha kerajaan menghargai jasa dan komitmen penjawat awam di negeri tersebut.

“Lantikan politik yang akan menerima bantuan khas RM500 termasuk penghulu dan kakitangan Bahagian Dakwah Halaqat, manakala guru al-Quran dan fardu ain di bawah Bahagian Halaqat menerima RM250,” katanya.

Ahmad berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, hari ini.