Malaysia Dateline

‘Bantuan NGO, kerajaan dapat tapi nak buat macam mana mereka bahagia hidup macam tu’

Susulan perkongsian oleh pengarah, pelakon dan juga pelawak Sabri Yunus berkenaan 4 beranak yang berjalan ditengah panas sambil mengutip barang buangan, netizen mendedahkan walaupun mereka mendapat bantuan tetapi mereka bahagia hidup seperti itu.

Perkongsian Sabri Yunus mendapat reaksi daripada netizen dengan lebih 1000 perkongsian.

Salah seorang netizen Umar Bakrie mendedahkan mereka adalah OKU di kampungnya di Tumpat mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun mereka lebih selesa membuat perkerjaan ini.

'Bantuan NGO, kerajaan dapat tapi nak buat macam mana mereka bahagia hidup macam tu'
Apa jua sekali pun janji rezeki halal

“Orang kampung aku ni,mereka OKU bantuan dari orang kampung dari NGO dari kerajaan pun dah bagi siap dapat rumah baru, tapi nak buat camna dah kehidupan diorng macamtu,semoga kluarga pokook dilindungi ALLAH,” tulis Umar.

Begitu juga seorang lagi Emiera Izzaty Ibrahim mendedahkan boleh dikatakan setiap hari ternampak 4 beranak ini walaupun berpanas mereka masih mengukir senyuman.

“Kawasan rmh sy ni area tumpat…hari² nampak keluarga ni lalu tepi jalan. 1 perkara jer yg blh dijadikan tauladan, panas terik ke, mereka sentiasa berjalan dgn senyuman, nampak sungguh kebahagiaan… Orang kat sini pun selalu hulur makanan n minuman utk mereka,” kata beliau.

“Rama dh ore nk bantu dia.. Tp dia suka dgn caro dia gini…xcayo mari drak alah tupak ni tanya dia sdiri.. Rama jah ore tlg dia,”tulis Azam Mat Nawi dengan loghat Kelantan.

Bahkan ada juga berharap agar gambar yang tular ini tidak dijadikan isu kerana keluarga pakcik ini memilih cara bahagia mereka tersendiri.

“Harap tak isu utk gmbar ni.. ore kg geting kenal keluarga ni. Bahagia kita pelbagai cara. Keluarga pakcik ni memilih cara bhagia dia dgn kehidupan gitu. Harap org luar tak cari salah mana2 pihak yer,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Sabri yang tersentuh hati dengan pengorbanan 4 beranak itu telah memuatkan status di facebooknya.

“Ini bukan dalam drama tv..

“Saorang ayah tua mengayuh kadang bergilir dgn anak lelaki.

“Isteri yang tak mampu berjalan duduk menjulur kaki..

“Anak perempuan dewasa bantu menolak beca di sisi..

“Anak lelaki dewasa di depan menarik dengan tali…

“Inilah drama realiti…

“Berkilometer di daerah Tumpat setiap hari..

“Empat beranak berjalan dibawah matahari..

“Barang buangan tepi jalan memberi rezeki.

“Itulah yang memberi seteguk air dan sesuap nasi dan dengan harapan malam mampu tidur dalam indah mimpi
supaya bangun dengan segar utk terus berjalan lagi..

“Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati,” tulis Sabri mereka juga penerima bantuan JKM.

Baca juga: MoU PH dan kerajaan terus kuatkuasa hingga PRU15, kata Majlis Presiden PH

Baca juga: Bapa sanggup maafkan pembunuh anak lelaki tunggalnya