Bantuan Program Makanan Dunia untuk rakyat Palestin dipotong

Bantuan Program Makanan Dunia untuk rakyat Palestin dipotong

Program Makanan Dunia (World Food Programme – WFP) telah memberhentikan atau mengurangkan bantuannya kepada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza kerana kekurang dana, menurut sumber rasmi, lapor al Jazeera.

Sekurang-kurangnya seramai 27,000 rakyat Palestin di Tebing Barat tidak akan menerima bantuan melalui program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini sejak 1 Januari lalu, kata Stephen Kearney, pengarah yang menyelia program ini untuk kawasan-kawasan di Palestin.

Manakala bagi 165,000 orang lain, termasuk 110,000 di Gaza masih lagi menerima 80 peratus daripada jumlah seperti sebelum ini.

Potongan tersebut adalah hasil daripada potongan bantuan hampir empat tahun sebelum ini bagi PBB dimana Amerika Syarikat (AS) merupakan negara terbesar yang memotong dananya ke PBB.

Pada tahun 2018, WFP telah berjaya membantu seramai 250,000 rakyat Palestin di Gaza dan 110,000 di Tebing Barat.

Jelas Kearney, WFP telah melancarkan permohonan bantuan pada 19 Disember dan telah menerima bantuan dana daripada Kesatuan Eropah (European Union – EU) dan Switzerland, walaubagaimanapun jumlah bantuan tersebut masih kecil.

Katanya, WFP pernah capai pada satu masa ketika ia memerlukan USD57 juta. WFP kini sedang giat mencari bantuan daripada penderma.

Tambah Kearney, pemotongan ini telah menimbulkan keresahan kepada ekonomi dalaman kerana penduduk menggunakan kad WFP untuk memberi barangan di kedai-kedai.

Di Semenanjung Gaza sahaja, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 2 juta penduduk bergantung pada bantuan antarabangsa.

Semenanjung tersebut telah disekat oleh gandingan Israel dan Mesir bagi tempoh lebih satu dekad. Israel juga telah melancarkan operasi ketenteraan ofensif terhadap kawasan berkenaan sejak 2008 lagi.

Presiden AS Donald Trump turut telah memotong bantuan sebanyak USD500 juta bagi bantuan untuk Palestin.