“Banyak artis mesej tanya mana kad jemputan” – Ruhainies perjelas isu pakai baju pengantin

Oleh MAISARAH AISYA

Banyak terdengar ura-ura artis bakal menamatkan zaman bujang walaupun sebenarnya lambat lagi hal tersebut berlaku.

Begitulah yang terjadi kepada pelakon dengan muka manis, Ruhainies selepas disangka bakal berkahwin kerana video memakai baju pengantin.

Menurut Xtra, spekulasi tersebut timbul selepas teaser video baju pengantin daripada pereka fesyen terkenal, FiziWoo tular di media sosial..

Tidak mahu ada yang salah faham, pelakon utama drama ‘Hello, Mr. Perfect!’ itu tampil menjelaskan hal sebenar.

Bukan gimik namun dia telah dilantik sebagai ‘muse’ untuk kempen pengantin daripada FiziWoo.

“Memang gunakan tema #SayIDo. Jadi memang #RuhainiesSayIDo.

“Itu bukan perancangan kami pada mulanya, kami tak jangka perkara ini akan jadi tular. Sebab kita promosikan kempen pengantin”, ujar Ruhainies.

Tambahnya, dia turut menghubungi Fizi dan memaklumkan bahawa ramai menyangka dia akan berkahwin hingga rakan artis bertanya di mana kad jemputan mereka.

“Saya beritahu mereka (rakan artis) saya hanya sekadar duta. Rupanya ramai yang percaya (akan kahwin).

“Saya tak jangka sebenarnya tetapi saya bersyukur sebab nak ambil berkat dan aura itu sendiri.

“Saya memang nak kahwin tapi bukanlah terdesak sangat. Sekarang ni saya terlalu selesa dengan karier saya”, tambahnya.

Baca juga: Caprice dipanggil ke IPD Dang Wangi, bantu siasatan kes pegawai polis langgar pelajar