Malaysia Dateline

Banyak bidang kerjasama boleh diterokai Malaysia-Pakistan, kata Mahathir

Banyak bidang kerjasama boleh diterokai Pakistan dan Malaysia yang mampu memberi kelebihan buat kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“ Banyak bidang…tetapi (sebelum ini) kita tak tau dia punya kebolehan dan dia tak tau kita punya kebolehan. Bila kita datang sini baru nampak kebolehan mereka.

“ Kalau mereka boleh buat kenderaan tentera, saya fikir yang lain-lain bukan susah sangat bagi mereka. Bila mereka boleh terima cadangan untuk buat kereta kita dengan kita, saya rasa ia baik. Penduduk mereka 210 juta, kita 32 juta. Kalau kita (dengan penduduk 32 juta) boleh buat kereta, banyak lagi yang boleh mereka lakukan.

“ Dalam bidang kejuruteraan, penyelidikan, perdagangan, pertanian, banyak lagi yang boleh kita bekerjasama dengan mereka. Kita boleh membeli daripada mereka dan menjual kepada mereka,” katanya kepada media Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, dekat sini pada Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Pakistan sejak Khamis menjadi tetamu kehormat pada sambutan Hari Pakistan yang diadakan di tempat perarakan Shakar Parian di sini