Banyak dengar ceramah agama, Keith Foo nak cuba jadi insan lebih baik, tambah ilmu

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya banyak mereka yang bukan beragama Islam akan cuba mendengar ceramah dan belajar untuk lebih memahami agama itu sendiri.

Keputusan untuk menukar agama ini bukanlah perkara mudah dan banyak perkara perlu dipertimbangkan.

Buat pelakon Keith Foo, dia lebih kerap mendengar ceramah tentang agama Islam selepas menjalin cinta dengan pelakon Riena Diana lapor Kosmo! Online.

Bagai pelakon berusia 41 tahun itu, dia menganggap mendalami agama lain bukan satu isu besar sebaliknya memberi peluang kepada dirinya mempelbagaikan ilmu.

“Tidak salah mendalami agama lain sebab kita semua boleh belajar sesuatu dan ambil setiap perkara yang baik.

“Mendengar ceramah boleh menambah ilmu saya untuk menjadi insan lebih baik. Kalau perkata positif, saya akan ambil,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Tidak hanya itu, Keith juga banyak merujuk kepada Riena tentang hal berkaitan agama andai ada persoalan yang bermain di mindanya.

“Ada masa memang saya kurang faham kemudian akan bertanya kepada Riena.

“Contoh, ketika sambutan Maulidur Rasul, saya tanya Riena apa yang boleh buat untuk tambah pahala, dia kata mungkin boleh bersedekah.

“Jadi, secara tidak langsung, saya dapat membantu golongan yang memerlukan dan gembira dapat melakukan perkara sebegitu,” ujarnya.

Baca juga: “Boleh beli rumah sebiji!”, Cik B mengaku habiskan RM300,000 sebulan untuk ‘shopping’