Malaysia Dateline

Banyak kawasan alami gangguan elektrik

Banyak kawasan di Lembah Klang dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan bekalan elektrik.

Perkongsian di media sosial memberitahu antara kawasan terlibat ialah Cheras, Kajang, Hulu Langat, Bangi, Shah Alam, Selayang dan Bandar Sunway.

Negeri-negeri yang terjejas pula difahamkan membabitkan Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Pahang terutama sekitar Kuantan.

Kawasan-kawasan terbabit mengalami masalah terputus bekalan elektrik menjelang 1 petang tadi.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya sebentar tadi memaklumkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan pada masa ini.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” kata TNB.