Banyak kontroversi, Boy Iman tak terkejut rakan artis jauhkan diri

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan sekali dirinya terpaling dengan kontroversi melibatkan penipuan namun itu tidak mematahkan semangat pelakon, Boy Iman.

Bila sudah selalu terkait dengan masalah pastinya banyak rakan mula jauhkan diri, ini bukan jadi dekat artis sahaja, orang biasa turut mengalami hal sama.

Menurut Kosmo! Online, Boy Iman mengakui malu dan segan untuk berdepan orang ramai termasuk rakan artis mengenai masalah yang melanda dirinya.

“Kalau nak kata malu dan segan, sudah tentu ada sebab saya pun manusia biasa. Tapi saya lebih memikirkan apa yang saya percaya.

“Maksudnya, kalau saya percaya saya tidak bersalah, saya buat bodoh sajalah.

“Tapi kalau terbukti memang saya bersalah, rasa malu dan segan itu lagi banyak. Nak berjumpa dengan awak (wartawan) pun saya tidak mahu kerana malu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Rakan artis jauhkan diri

Mungkin tidak mahu terpalit sama, Boy Iman mengakui banyak rakan artis menjauhkan diri malah ada yang sanggup putus kawan demi menjaga nama mereka.

“Memang ada yang menjauhkan diri dan putus sahabat. Tapi saya faham kedudukan mereka sebagai selebriti. Sudah tentu mereka juga mahu menjaga nama mereka.

“Jadi bagi mengelak daripada nama mereka juga terkait sama, maka ada yang mengambil pendekatan untuk menjauhi saya.

“Ada yang tak nak berjumpa dengan saya sehingga lupa kenangan bersama. Tapi saya okay sahaja.

“Tidak jadi masalah pun sebab kita hidup kena sentiasa berfikiran positi dan hormat keputusan mereka,” tambahnya.

Media melaporkan Boy iman sebelum ini terpalit kontroversi mengenai pertuduhan menipu seorang wanita berhubung program festival raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Bagaimanapun pelakon yang didakwa bersama tiga individu lain menafikan dirinya terlibat dan memberitahu dia turut dianiaya.

Baca juga: Rupanya ada sebab perbelanjaan Cik B lebih RM1 juta, ini penjelasan Datuk Seri Vida