Malaysia Dateline

Banyak sangat kes peniaga bazar tak jujur, ini cara nak tahu makanan masih elok atau ‘recycle’ semalam punya

Banyak sangat kes peniaga bazar tak jujur, tips kenali makanan itu masih elok atau ‘recycle’ makanan semalam. Hampir setiap hari ada sahaja kisah duka yang dikongsikan netizen mengenai juadah berbuka yang dibeli di bazar Ramadan.

Contohnya nasi kerabu berulat, ayam goreng ‘recycle’, ayam bakar mentah, tepung pelita berlendir. Juadah berbuka ‘hauk’ ini jika dimakan pasti akan menyebabkan keracunan makanan.

Justeru itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang berkongsikan tips kepada orang ramai agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa juadah berbuka puasa yang tidak mencapai kualiti yang baik.

Menurut perkongsian jabatan itu di Facebook, pembeli disarankan untuk sentiasa mengamalkan tiga perkara penting sebelum membeli sesuatu makanan iaitu lihat, hidu dan rasa.

Berikut kami kongsikan tips tambahan kepada anda:

Mungkin imej makanan dan teks yang berkata 'ELAKKAN DARI MEMAKAN JUADAH BERBUKA 'HAUK' kosmo.com.my Ayam tidak laku dicelup tepung sekali lagi i kosmo.com.my kosmo Nasi Kerabu berlauk daging, ulat i KMJKNPP f SINAR HARIAN Semuanya berbau dan berlendir' malaysiagazette.com Netizen kecewa ayam bakar mentah, roti John inti kacang panggang di bazar SEBELUM MAKAN AMALKAN LIHAT HIDU RASA'

1. Lihat tekstur makanan

Jika anda bercadang untuk membeli juadah berbuka yang sudah dibungkus, ambil masa untuk teliti dahulu tekstur atau rupa makanan yang dijual. Jika didapati kuih atau makanan tersebut berlendir, ia bermaksud makanan itu sudah tidak berapa baik dan sudah basi. Jadi jangan beli. Diulangi jangan beli.

Pastikan keadaan fizikal makanan tiada bendasing seperti ulat atau rambut dan tidak berlendir, berbuih atau berkulat.

2. Hidu

Pastikan makanan tidak berbau masam, basi atau busuk. Jika makanan tersebut berbau pelik, elak dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

3. Rasa

Rasa sedikit dahulu makanan dan pastikan tiada rasa masam atau basi

4. Hati-hati dengan makanan bersalut tepung

Kalau anda nak tahu, memang ada sesetengah peniaga yang menggoreng semula makanan semalam yang tidak habis. Caranya, makanan yang sudah disimpan di dalam peti sejuk, dicelup semula dengan tepung dan digoreng semula. Jadi untuk kenal pasti makanan itu digoreng semula, anda lihat sikit isi ayam itu. Ia akan kelihatan agak hitam dan kebiruan. Apabila anda makan, rasanya agak keras berbanding ayam segar.

Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nuget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warnanya kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan daripada memakannya.

5. Makanan dijual tidak dihurung lalat

Jika makanan tersebut dihurung lalat kerana faktor kawasan yang sememangnya ada lalat, anda wajar teliti makanan dipamerkan lebih cermat. Teliti pastikan tiada tahi lalat pada makanan.

Kepada peniaga, jujurlah apabila anda berniaga. Jangan sampai dilabel peniaga bidan terjun. Hanya kerana memikirkan keuntungan, anda mengabaikan tanggungjawab anda sebagai peniaga jujur yang sepatutnya menjual makanan yang berkualiti dan selamat kepada pelanggan.

Baca juga: Dibenar diami flat hingga Julai, penduduk Kg Sg Baru tetap tak puas hati, lancar petisyen desak batalkan warta segera

Baca juga: Mengadu tak dapat buang air besar, doktor jumpa dumbbell dalam dubur