Setiap orang pastinya ada cita rasa tersendiri apabila melibatkan makanan malah ada yang memilih untuk hanya makan sayur.
Bukan untuk diet tapi ada makanan yang boleh menyebabkan sakit perut dan disebabkan itu pelakon Anna Jobling memilih untuk tidak makan juadah berasaskan daging.
Malah dia cuba mengelak makan juadah yang melibatkan ayam, lembu atau kambing yang menjadi menu utama disajikan pada Hari Raya Aidilfitri lapor Berita Harian.
“Makanan kegemaran pada Syawal adalah nasi himpit dan kuah kacang sebab saya tak makan daging. Ada orang kecam saya sebab tidak jamah daging.
“Saya hormat semua orang yang makan daging, ayam dan apa sahaja yang berkaitan. Jadi, tolong hormati saya yang tidak makan semua ini.
“Kalau ikan, saya hanya makan sekali sekala,” katanya seperti dipetik BH Online.
Jelasnya, dia berhenti makan daging sejak usia belasan tahun lepas lihat video orang menternak ayam.
“Hampir 10 tahun hingga 11 tahun saya tidak makan daging. Mungkin saya tengok banyak video bagaimana orang ternak ayam.
“Disebabkan saya pencinta haiwan, jadi saya rasa tak boleh. Saya macam tak sampai hati, sebab itu saya tidak makan daging,” katanya.
“Kebiasaannya, saya hanya ambil sayur-sayuran sebab saya tidak makan protein sangat.
“Kadang-kadang apabila pening saya akan ambil protein daripada ikan seperti salmon,” tambahnya.
Baca juga: Zahnita Wilson dedah bukti termasuk laporan perubatan, kronologi kes keganasan rumah tangga