Pelakon terkenal, Syafiq Kyle bakal melangsungkan perkahwinan bersama rakan industrinya, Mimi Lana pada bulan Ogos nanti.
Sebagai persediaan untuk bergelar suami, Syafiq mengakui lebih banyak meluangkan masa untuk mendengar ceramah agama.
Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Adam itu, segala persiapan yang berkaitan dengan perkahwinan telahpun selesai.
“Saya banyak tengok ceramah-ceramah dari ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami.
“Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti,” kata lelaki yang berusia 31 tahun itu.
Terdahulu, ura-ura mengenai pernikahan Syafiq mula timbul pada Januari lalu apabila Mimi memuat naik gambar jari manisnya bersama sebentuk cincin.
Berkapsyenkan ‘One step closer’, hantaran tersebut bagai memberi bayangan bahawa pasangan itu telah mengikat tali pertunangan.
Sebelum ini, Syafiq dan Mimi pernah memutuskan hubungan mereka pada bulan Mei 2020 setelah lima tahun menjalin cinta.
Namun, kasih mereka bertaut kembali setelah pasangan itu memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing.
Baca juga: Kisah Baby Naail-Akhirnya capai target RM9.1 juta tapi wanita derma tak mahu identitinya didedahkan