Industri seni di Malaysia ini bukanlah besar mana, pastinya semua artis mengenali satu sama lain baik rapat ataupun tidak.
Walaupun begitu, masih ada yang saling dengki, sudah macam berniaga pula apabila gunakan sihir untuk hapuskan pesaing.
Begitulah juga buat penyanyi, Aisha Retno yang mengakui sedar ada beberapa individu senior yang kurang senang akan pencapaian dirinya lapor Kosmo! Online.
“Memang rasa tekanan bila orang sudah meletakkan harapan yang tinggi.
“Perkara itu bukan sahaja saya rasa daripada netizen tetapi juga individu dalam industri muzik yang ada cubaan menunjukkan sisi kedengkian mereka.
“Lama-kelamaan perkara itu semakin ketara sedangkan saya hanya pamer kemampuan diri tetapi rupa-rupanya ada pula yang tak puas hati,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Mental terganggu
Jelasnya lagi aktiviti semasa bertanding dalam ‘The Hardest Singing Show’ sering terganggu namun tidak mahu menuduh ada yang menggunakan ilmu hitam.
“Benda ini memang agak kacau mental saya sepanjang bertanding di THSS. Ganggu bukan secara terang-terangan tetapi mereka ada misi.
“Saya tak berani nak beritahu sama ada mereka cuba jatuhkan atau apa tetapi antara caranya ialah menjauhkan diri.
“Apabila ada benda begitu muncul, memang kacau. Saya pula memang jenis yang tak suka drama begini
“Apa yang saya alami ialah kesakitan mental dan fizikal tetapi mungkin juga disebabkan keletihan tetapi memang ada berlaku perubahan dalam diri,” ujarnya.
Diri dipagari ibu bapa
Pada masa sama Aisha memaklumkan dia merasa terkilan kerana pernah mengidolakan individu tersebut sebelum ini.
“Saya terkilan dan kecewa sebab saya pernah mengidolakan mereka ketika mula masuk industri. Agak terkejut sebab tidak semua orang baik.
“Saya sedih bila berlaku begini sebab tak sangka industri muzik Malaysia yang kecil begini pun ada perkara sebegini (dengki).
“Syukur saya dipagari dengan ibu bapa yang ada ilmu agama, minta dijauhkan perkara sebegitu (sihir),” ujarnya yang bertegas enggan mendedahkan individu tersebut.
Baca juga: Sudah 3 tahun tak berhijab, penyanyi tahun 90-an bagi alasan migrain kronik punca ‘freehair’