Malaysia Dateline

Bapa Ebit Lew meninggal dunia

Bapa kepada pendakwah bebas, Ebit Lew meninggal dunia hari ini.

Ebit memaklumkan perkhabaran sedih itu melalui perkongsiannya di Facebook sebentar tadi.

Beliau memaklumkan ketika ini sedang dalam perjalanan ke Hospital Gleanagles untuk membawa jenazah bapanya untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini.

“I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya.

Sementara itu, pegawai khas beliau, M Azizul Fauzi menerusi kenyataan ringkas berkata bapa pendakwah itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang.

Ebit sebelum ini sering berkongsi perkembangan kesihatan bapanya yang semakin merosot dan sedang dijaga oleh abangnya.