Seharusnya perkahwinan dibina atas usaha sendiri bukan dengan meminjam duit daripada sanak saudara atau anak.
Anak mana sahaja tidak mahu membahagiakan ibu bapa sendiri, maka ramai sanggup korbankan harta untuk buat mereka gembira.
Siapa menyangka niat membantu ayah untuk berkahwin lain akhirnya memakan diri apabila dia dipinggirkan selepas memenuhi permintaan.
Menerusi video dimuat di TikTok, wanita itu memaklumkan bahawa si bapa meminta bantuannya untuk membelikan cincin bagi bakal isterinya.
Walaupun wang tidak mencukupi, wanita itu sanggup menggadaikan rantai emas buat bapanya yang tidak bekerja itu.
“Bapa nak kahwin baru, jadi dia pinjam duit dengan aku. Masa ini dia tak bekerja tapi dia terlibat dengan geng tabligh.
“Aku tak ada duit nak beli cincin kahwin dia, jadi aku terpaksa gadai rantai emas aku.
“Cantikkan rantai emas aku? Sekarang hanya tinggal kenangan,” ujar wanita tersebut dalam gambar dimuat naik.
Bapa sebelum itu berjanji akan membayar semula hutang yang dipinjam untuk majlis kahwinnya namun selepas bernikah, tiada khabar berita.
“Duit majlis kahwin semua guna duit aku sebab aku tak mahu melihat bapa hidup susah.
“Dia janji nak bayar balik apabila dia bekerja nanti, tetapi sampai sekarang dia senyap, tak jawab mesej, dan tidak mengangkat telefon,” tambahnya.
Pada masa sama, di meluahkan rasa kecewa buat si bapa yang sanggup mengabaikan anak kandung sendiri untuk keluarga baru.
“Sampai hati abah, buat saya begini. Saya anak kandung abah, bukan anak tiri. Saya sampai masuk hospital, abah langsung tak ambil peduli, tak tanya khabar.
“Setiap hari saya fikir mengapa dia perlakukan saya begini sehingga berat badan saya turun mendadak 10kg.
“Semoga pintu hati abah terbuka untuk membayar balik duit. Jika abah sakit, saya akan menjaga, jangan risau,” ujarnya.
Baca juga: Kecoh Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bakal nikah 16 Disember, ini respon Shuhada