Malaysia Dateline

Bapa MB Selangor meninggal dunia

Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggal dunia petang tadi.

Setiausaha Politiknya, Juwairiya Zulkifli memaklumkan, bapa Amirudin iaitu Shari Mokhsin meninggal disebabkan komplikasi pernafasan.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian esok pagi, Rabu 22 September.

“Marilah bersama-sama kita doakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan diterima segala amal kebaikannya,” tulis setiausaha politiknya dalam kenyataan tadi.

Sementara itu di Twitter, Amirudin berkata beliau baru sahaja berkomunikasi dengan bapanya tengahari tadi pada jam 1.27 pm.

“Komunikasi terakhir dgn abah jam 1:27 pm tadi melalui WhatsApp, jam 5:30 pm dapat berita abah meninggal dunia.

“Sejak kanak-kanak selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia. Terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” ciapnya di Twitter.