Kadang-kadang kita tanpa sedar melakukan kesilapan namun jika kerap kali berlaku siapa sahaja akan bertahan tambah pula makian yang sering keluar dari bibir.
Apatah lagi yang sering memaki itu adalah bapa mentua, kalau ditegur mahu perang satu kampung.
Seorang lelaki mengenang kembali bapa mentua yang sememangnya tidak disukai ramai dek kerana mulutnya.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Kalau hari raya ni bagi pasangan suami isteri perkara utama yang dibincangkan mestilah nak balik rumah siapa kan. Raya rumah isteri ke atau raya rumah suami.
Aku pun sama. Aku dengan isteri setiap tahun akan lebih cenderung balik kampung aku.
Isteri aku pun kalau aku cakap tak apa balik kampung dia mesti akan tolak kalau boleh balik kampung aku.
Apa punca dia? Iaitu ayah mentua atau ayah kandung isteri aku. Keluarga isteri aku ada enam adik beradik tiga lelaki, tiga perempuan, isteri aku anak ketiga.
Tahu tak setiap kali balik bukan setakat aku dan isteri tapi abang adik ipar aku semua memang paling payah nak balik kampung belah isteri aku.
Ayah mentua aku ni senang cerita jenis mulut cakap lantang lepas dan tak bertapis.
Mungkin ada lah nanti komen cakap “biasa orang tua mulut macam tu” tak kalau setakat lepas biasa tak apa ni cara lepas tu kurang ajar.
Aku ingat lagi akak ipar aku dengan suami dia balik. Mereka raya kedua baru sampai boleh dengan selamba di makinya depan tetamu.
Kau bayangkan tengah duduk semua orang datang akak ipar aku dengan suami nak salam orang semua dalam rumah gembira sebab saudara mara kan baru sampai tapi tiba-tiba ayah mentua aku pergi maki.
“Raya ke dua baru dua monyet ni nak sampai jangan harap aku maafkan” tiba-tiba macam tu.
Padahal orang lain semua selamba je, mak mentua aku pun elok sambut padahal diorang sendiri dah cakap raya kedua baru dapat balik.
Benda kecil pun nak besarkan
Pagi raya tengah sibuk masak adik ipar aku terpecah gelas mak mentua aku siap gurau “betul dugaan puasa akhir ni” siap ketawa.
Ayah mentua aku tiba-tiba angin dia tengking “pecahkan gelas ha pecahkan cawan ni dengan pinggan sekali” lepastu dia pergi tolak senduk kacau kuah kacang tu dah terbalik kuali tu.
Aku dalam hati gila betul kuah kacang tu dah lah mak mentua aku dengan aku yang goreng kering lepastu buang kulit dia berejam sekali dia pergi telangkupkan macam tu.
Mak mentua aku cakap “istighfar bang” dia pergi marah. Sepanjang raya dekat sana memang aku isteri, adik ipar, abang ipar aku semua memang muka stress.
Mak mentua aku setiap kali hari raya nak balik dia yang datang dekat anak menantu cucu semua datang minta maaf sebab ayah mentua aku perangai macamtu.
Yang kuah kacang tu aku ingat lagi mak mentua aku datang duduk depan aku dengan isteri minta maaf cakap nanti tahun depan ajak aku buat kuah kacang lagi.
Sejujurnya cakap walaupun ramai dalam keluarga tu memang tak suka balik kampung tapi gagahkan sebab mak mentua aku.
Memang baik cakap lemah lembut dia yang setiap kali pujuk terpaksa minta maaf di sebabkan perangai ayah mentua aku.
Isteri aku sendiri banyak kali cakap dia minta maaf sebab perangai ayah dia.
Lepas bapa mentua meninggal, semua balik awal raya
Tahun 2022 ayah mentua aku meninggal dunia. 2023 tahun ni semua ipar duai cucu balik awal puasa sana sambil raya.
Sejujurnya bagi aku selama bertahun kami beraya situ kali ini raya yang paling tenang. Ketawa, senyum tak ada stress. Memasak apa semua tenang.
Raya kedua aku nak balik beraya kampung aku. Berbual juga dengan ipar aku.
Ada juga yang seorang dua terlepas cakap “raya ni aman sikit tenang baru seronok raya” padahal selama ni kalau balik mesti semua mengadu pasal ayah mentua aku.
Aku kadang tu ada terfikir rasa sedih juga pasal ayah mentua aku iyalah bila dah meninggal baru orang senang ria.
Baca juga: “Aku dah bebas dari neraka suami, sekarang dah jatuh talak yang tak boleh dirujuk semula”