Malaysia Dateline

Bapa tertinggal anak dekat tepi jalan masa tengah curi motor

Satu klip video tular menunjukkan seorang bapa tertinggal anaknya ketika sedang mencuri sebuah motosikal milik orang awam yang di parkir di tepi jalan.

Menerusi klip CCTV yang dikongsikan laman Instagram media_terang, dapat dilihat seorang bapa bersama anak perempuannya sedang berjalan kaki bersama sebelum bapanya menghentikan langkah sebaik melihat sebuah motor ditinggal di tepi jalan.

Bapa berkenaan kemudian meluru menghampiri motor tersebut dan terus membawa lari tanpa anaknya sempat menaiki bersama. Kejadian difahamkan berlaku di Indonesia di Pematang Siantar, Sumatera Utara dan anak-kanak itu kelihatan keliru melihat aksi bapanya.

Tidak dapat dipastikan lelaki berkenaan sengaja meninggalkan anaknya di situ atau pun sememangnya tertinggal tanpa sedar.

Seorang lelaki lain dilihat cuba mengejar pencuri yang melarikan motosikalnya, namun gagal. Budak malang yang ditinggalkan itu dibawa masuk ke dalam salah sebuah rumah penduduk dan disoal siasat.

“Menurut keterangan kanak-kanak yang ditinggalkan, pelaku ialah bapanya dan rumah mereka terletak 200 meter dari lokasi kejadian,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Baca juga: “Pilihlah penaja baik sikit”-Pengunjung terkejut ekspo MAHA promosi vape, siap pasang iklan besar pada bas ‘shuttle’

Baca juga: Pelancaran dan penamaan kapal LCS belum siap rupanya tradisi dalam TLDM