Sering mengalami gangguan pelik sejak kecil menyebabkan seorang wanita membuat ujian saringan psikiatri secara berulang kali.
Namun keputusan ujian tersebut menunjukkan tahap kewarasannya adalah baik seperti orang normal.
Rupa-rupanya Anggie Nabila ini diminati oleh makhluk halus dan gangguan tersebut bermula selepas dia didatangi haid pada usia 11 tahun
Tidak mahu berpisah dengan Anggie, barangan miliknya sering hilang dan ditemukan di tempat lain bahkan baju dalam yang sedang dipakai boleh diambil tanpa sedar.
Lebih menyeramkan timbul gambar seolah-olah USC scan bayi dalam telefon bimbitnya hingga menyebabkan dia mencari orang untuk berubat.
Ini menimbulkan kemarahan jin tersebut dan muncul tulisan di siling rumahnya tertulis Siti Jubaidah anjing”.
Orang yang cuba mengubatinya memaklumkan kepada Anggie bahawa jin tersebut mahu bernikah dan mempunyai anak bersama dengannya.
Malah segala kemahuan yang Angie minta tanpa sedar dipenuhi, seperti barang pos tiba-tiba sampai ke rumah, tanpa sedar giginya sudah ada pendakap gigi seperti dia angan-angankan.
Kejadian tersebut tidak berhenti walaupun dirinya sudah berkahwin malah lebih teruk kerana jin tersebut melakukan pelbagai cara untuk memisahkan mereka.
Sudah berbelas tahun mencari jalan penyelesaian namun sehingga kini Anggie masih diganggu, kadangkala biliknya dipenuhi tulisan dan berbau hamis.
Ketika mata hijabnya pernah terbuka, dia melihat sosok misteri itu adalah berupa labah-labah berkepala manusia.
Baca juga: Isteri sarat mengandung, suami sedap borak dengan ‘perempuan’ lain