Barisan agamawan anggotai Majlis Syura Pulau Pinang

Barisan agamawan anggotai Majlis Syura Pulau Pinang
Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang yang dilantik bersama dengan TYT Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang .

Institusi Agama Islam Negeri Pulau Pinang diperkukuhkan dengan pelantikan 20 anggota Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Manakala mereka yang telah dilantik terdiri dari para ilmuan yang terkenal termasuklah Datuk Dr Danial Zainal Abidin.

Selain beliau turut dilantik bagi menganggotai Majlis Syura tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman sebagai Pengerusi.

Sementara itu barisan yang turut menganggotai majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor serta Yang Amat Arif Datuk Syakir Abdul Hamid.

Turut dilantik ialah Datuk Dr Muhammad Nur Manuty, Kamarudin Abdullah, Abd Mutalib Maarof serta Hussain Yee Abdullah.

Prof Dr Muhammad Syukri Salleh, Prof Dr Zhari Ismail, Prof Datuk Dr Mohd Yusuf Othman dan Prof Madya Fauzan Nordin juga turut dilantik bagi menganggotai majlis tersebut.

Juga turut sama dilantik ialah Datuk Dr Daud Bakar, Datuk Seri Yusuf Che Teh, Datuk Ustaz Shamsuri Ahmad, Dr Shereeza Muhamad Sanif dan Dr Kamarul Azizi Ibrahim.

Ustaz Shazalie Hirman Ahmad Najib, Dr Zaharuddin Abd Rahman serta juga Prof Madya Saidatulakmal Mohd