Barisan Exco Pulau Pinang tanpa AMANAH, Bersatu

Barisan Exco Pulau Pinang tanpa AMANAH, Bersatu

Seramai 11 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Pulau Pinang dengan lima daripadanya adalah muka baharu mengangkat sumpah jawatan di Dewan Sri Pinang, Georgetown hari ini.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Mendahului pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri I, dan Adun Perai, Dr P Ramasamy mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Menteri II.

Zakiyuddin dan Ramasamy masing-masing adalah dari PKR dan DAP.

Selain Zakiyuddin, empat lagi muka baharu Exco Adun Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari (DAP); Adun Batu Maung, Datuk Halim Hussain (PKR); Adun Paya Terubong, Yeoh Soon Hin (DAP); dan Adun Bagan Jermal, Soon Lip Chee (DAP).

Tiada wakil AMANAH dan Bersatu membarisi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang walaupun masing-masing menang dua kerusi Dun.

Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang menang dengan majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan menguasai 37 daripada 40 kerusi Dun.

Sebanyak 19 daripada kerusi Dun dimenangi DAP, PKR (14) manakala AMANAH dan Bersatu masing-masing dua kerusi.

PH negeri itu turut menang di 11 daripada 13 kerusi Parlimen. Dua kerusi Parlimen lagi iaitu P41 Kepala Batas dan P42 Tasek Gelugor dimenangi BN.

Berikut senarai lengkap Exco Pulau Pinang:

1. Chow Kon Yeow
– Ketua Menteri
– Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Penerangan

2. Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman
– Timbalan Ketua Menteri I
– Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat

3. Dr P Ramasamy
– Timbalan Ketua Menteri II
– Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi

4. Chong Eng
– Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam

5. Jagdeep Singh Deo
– Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa

6. Phee Boon Poh
– Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

7. Dr Afif Bahardin
– Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar

8. Zairil Khir Johari
– Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir

9. Datuk Halim Hussain
– Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Keusahawanan

10. Yeoh Soon Hin
– Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan Kesenian

11. Soon Lip Chee
– Belia dan Sukan

6.2
OVERALL SCORE
: 9.0
5 user votes x 5.6
CATEGORIES
TAGS