Barisan Menteri Persekutuan selesai mengangkat sumpah

Barisan Menteri Persekutuan selesai mengangkat sumpah

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Menteri Persekutuan telah mengadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai menteri.

Majlis angkat sumpah berlangsung pada pukul 5.30 petang tadi di Istana Negara.

Ahli-ahli Parlimen yang dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan mengangkat sumpah jawatan hari ini adalah seperti berikut:

Timbalan Perdana Menteri
1. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Bersatu

2. Menteri Dalam Negeri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

3. Menteri Pendidikan
Dr Mazlee Malik

4. Menteri Pembangunan Luar
Puan Rina Harun

PKR

5. Menteri Wanita Dan Pembangunan Keluarga
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

6. Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

7. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Puan Zuraida Kamaruddin

DAP

8. Menteri Kewangan
Lim Guan Eng

9. Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook

10. Menteri Komunikasi Dan Multimedia
Gobind Singh Deo

11. Menteri Tenaga Manusia
Kulasegaran s/o V Murugeson

AMANAH

12. Menteri Pertahanan
Haji Mohamad Sabu

13. Menteri Pertanian Dan Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub

14. Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly Ahmad

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0